Kelas ICT Taman Seri Puteri (Minggu 23)
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan Kelas ICT untuk Pelajar Taman Seri Puteri untuk kali yang kedua puluh tiga bagi tahun 2019. Kelas ini akan diadakan mengikut permintaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Antara aktiviti yang diadakan kepada mereka ialah tayangan video berkenaan dengan Buli Siber yang kini sering menjadi bahan dan jenaka yang tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling kerana mereka menanggap buli siber tersebut tidak penting dan tidak menggangu ketenteraman seseorang selain itu, mereka telah diberikan tugas untuk menghasilkan video lirik lagu bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan datang menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas ini telah disertai oleh 26 orang pelajar perempuan dan diadakan selama 2 jam, 2:00 petang sehingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: